Monday, August 23, 2010

Aku "Pen"

aku sebatang pen "male"..xda jenama pun..
aku hanya mampu brkhidmat selagi aku mampu..
dan memberi yang terbaik pada pemilikku..
aku dimiliki oleh tuan empunya si hamba ALLAH yang baik hati...
tiap hari aku digunakan untuk menulis suka dan duka..
bila suka,aku dipusing dan diselit di tepi telinga..
bila duka,aku dibaling tanpa menghiraukan betapa sakitnya perasaan aku..
namun aku hanya sebatang pen..
tak mampu nak berkata-kata seperti manusia yang mempunyai perasaan..
aku hanya mampu membisu,diam tanpa kata..
kalau aku dikurniakan mulut..
aku takkan marah pada pemilikku..
kerana aku tak sanggup kehilangan si pemilik diriku..
aku sayang pada pemilikku..
aku sanggup berkhidmat..
sehinggalah ketitisan dakwatku yang terakhir..
itu janji aku sejak menjadi miliknya..
sometimes, terguris juga akan kata-kata pemilikku..
tapi aku dah berjanji pada diriku..
apa pun terjadi aku takkan marah pemilikku..
aku hanya akan diam dan pendam perasaanku..
bagi aku,cukuplah kalau pemilikku tersenyum gembira..
itu dah cukup membuat aku rasa lega..
aku tak pandai berkata-kata...
hanya luahan sebegini dapat aku sampaikan..
kadang-kadang aku sakit dan tak mampu melawan ketentuan illahi..
aku hanya mampu berdoa dan berserah pada-NYA..
aku doakan aku kekal bersama pemilikku selamanya...
even aku tak diperlukan dan tak mampu berikan prestasi terbaik..
ampunkan aku..aku sayangkan pemilikku seadanya..

-amir- 

No comments:

Post a Comment